suria

BAC Memeterai Lanjutan Kontrak Dengan MAS

PETALING JAYA: Brahim Airline Catering Sdn Bhd (BAC) memeterai satu perjanjian pelanjutan (EA) kontrak dengan Malaysia Airlines (MAS) apabila tempoh perjanjian katering baharu (NCA) dipanjangkan sehingga 30 April.

Dengan kerjasama Bursa Malaysia, Brahim Holdings Bhd memaklumkan perjanjian ini memudahkan rundingan untuk NCA melanjutkan tempoh yang sepatutnya tamat pada 31 Mac.

"Pihak EA memberi lebih tempoh masa kepada kesemua pihak untuk membuat rundingan dan mencapai kata putus NCA disamping mencapai matlamat yang sama iaitu mempercepatkan perjanjian ditandatangani," kata syarikat tersebut pada Rabu.

Syarikat tersebut sedang membuat rundingan semula berhubung kontrak katering dengan Khazanah Negara Bhd di bawah pelan rasionalisasi kedua untuk syarikat penerbangan nasional.

Tambahnya lagi, Brahim Holdings Bhd memiliki 70% katerer BAC dalam penerbangan dan mempunyai kontrak selama 25 tahun yang tamat pada 2028 untuk berkhidmat dalam sektor makanan dan pelbagai perkhidmatan berkaitan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.

MAS merupakan syarikat penerbangan terbesar yang menggunakan perkhidmatan BAC selain 37 syarikat penerbangan lain.

Saham Brahim menjunam selama dua tahun selepas mencatatkan keputusan kewangan yang lemah disamping potongan bil bulanan sebanyak 25% sementara proses perjanjian NCA ditandatangani pada 4 Mac.

Saham menjunam secara mendadak dan paling teruk pada Mei 2013 dengan catatan 13.5 sen atau 12.86% kepada 91.5 sen.

Keadaan semakin berlarutan apabila saham jatuh lagi pada 8.2% atau 7.5 sen dan bertindak untuk tutup pada 84 sen pada Rabu.

BAC, Brahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

WAS Dapat Kontrak RM370 Juta

Artikel Lain