Proton Kurangkan Harga Kereta Sehingga 3.25 Peratus Sempena GST

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa Rabu berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan GST.

"Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka, tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan GST berkenaan.

Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya, Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek keselamatannya.

Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai untuk wang.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my

Tags / Kata Kunci: Proton Holdings Bhd , GST

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan