suria

Mitsubishi Motors Lancar Model Triton Pada Mei

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia akan melancarkan siri Mitsubishi Triton generasi kelima pada Mei.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, WonChul Yang berkata, setakat ini, lebih empat juta unit telah terjual di seluruh dunia dan di Malaysia, sejak pelancarannya pada 2006 seramai 55,000 orang telah menjadi pemilik model tersebut.

Mitsubishi Motors berkata bersempena dengan ketibaan model baharu, wakil peniaganya di seluruh negara akan menerima tempahan prapelancaran daripada pelanggan yang mahu menjadi antara pemilik pertama Triton baharu itu.

Triton diimport baharu itu dibangunkan berasaskan kepada konsep  "Trak Utiliti Pintar" dan anggaran harga pengenalan bermula daripada RM71,000 hingga RM114,000.

Produk Mitsubishi Motors ketika ini terdiri daripada Mirage, Attrage, Lancer, Pajero, Pajero Sport, Triton dan ASX, di mana ASX 2WD dan 4WD dipasang di Malaysia, manakala model-model lain diimport sebagai unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dari Thailand dan Jepun. -- Bernama

Artikel Lain