suria

KPJ Beli Pegangan Crossborder Hall, Crossborder Aim

KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd bercadang membeli keseluruhan pegangan dalam Crossborder Hall (M) Sdn Bhd dan Crossborder Aim (M) Sdn Bhd dengan harga RM4.718 juta.

KPJ berkata pembelian itu dibuat menerusi anak syarikat milik penuhnya  Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd (KPJSB) dan AmanahRaya Trustees Bhd, pemegang amanah bagi Al-'Aqar Healthcare REIT.

Crossborder Hall dan Crossborder Aim adalah anak syarikat milik penuh  Al-'Aqar, kata KPJ dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

"Cadangan pengambilalihan itu merupakan sebahagian daripada rancangan KPJ untuk merasionalisasikan dan menyelaraskan operasinya di Indonesia dengan tujuan antara lainnya, menambah baik kecekapan operasi dan fleksibiliti," kata syarikat itu.

KPJ berkata pembelian itu akan dibiayai oleh dana dalaman.

Artikel Sebelum

Jepun Tidak Sertai AIIB

Artikel Berikut

Artikel Lain