Jepun Tidak Sertai AIIB

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Jepun tidak berminat untuk menyertai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang diterajui China sebagai anggota pengasas, walaupun hari ini (Selasa) merupakan tarikh akhir permohonan keanggotaan.

Jepun perlu kekal berhati-hati terhadap penyertaan dalam AIIB, kata Menteri Kewangannya, Taro Aso seperti yang dilaporkan agensi berita Kyodo.

Laporan itu disiarkan agensi berita Xinhua yang dimiliki negeri China pada Selasa.

Walaupun lebih daripada 40 negara, termasuk Malaysia memohon untuk menjadi anggota pengasas, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) kekal berhati-hati bagi menyertai institusi kewangan itu.

AIIB dilihat sebagai pesaing kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai AS, Bank Dunia, dan Bank Pembangunan Asia (ADB) yang berpengkalan di Manila.

Baru-baru ini, sekutu AS seperti Perancis, Jerman, Itali dan Luxembourg mengumumkan hasrat mereka untuk menyertai AIIB, diikuti dengan pengesahan United Kingdom untuk menjadi anggota pengasas.

AIIB dicadangkan oleh Presiden China Xi Jinping pada Oktober lepas dan ia bertujuan membantu membiayai projek prasarana di negara-negara miskin Asia.

Dengan jangkaan mempunyai modal langganan awal sebanyak US$50 bilion, bank tersebut akan membiayai projek prasarana di Asia, dan ia dijangka diwujudkan secara rasmi menjelang akhir tahun.

Tags / Kata Kunci: AIIB , China , Jepun

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan