suria

MAS: Pelanggan Tertakluk Kepada GST Barangan, Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Mulai 1 April, pelanggan Penerbangan Malaysia (MAS) akan tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan nasional itu.

Pelaksanaan itu untuk mematuhi pengumuman kerajaan pada pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, menurut syarikat dalam kenyataan di sini, Isnin. GST akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sedia ada syarikat.

Sebarang maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari http://www.malaysiaairlines.com/my/en/footer/goods-and-services-tax.html dan merujuk kepada Soalan Kerap Ditanya (FAQ) CBP Malaysia Airlines atau menghubungi pusat panggilan Malaysia Airlines di talian 1300 88 3000.

Pelanggan juga boleh melayari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia,  www.gst.customs.gov.my.-- Bernama

GST, MAS, Kastam

Artikel Lain