Affin Holdings Lantik Kamarul Ariffin Sebagai CEO Baharu - Niaga | mStar

Affin Holdings Lantik Kamarul Ariffin Sebagai CEO Baharu

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 10:08 PM

Kamarul Ariffin Mohd Jamil

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Affin Holdings Bhd (Affin Holdings) melantik Kamarul Ariffin Mohd Jamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO Kumpulan) dan Pengarah Urusan (MD/CEO) Affin Bank Bhd (Affin Bank), yang baharu.

Ini berikutan persaraan Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid yang berkuat kuasa 1 April ini.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kami di atas jasa Datuk Zulkiflee.

"Sumbangannya sebelum ini amat besar dan kami amat menghargai wawasan serta kepemimpinannya sepanjang tempoh bersama kami," kata Pengerusi Affin Holdings, Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, dalam satu kenyataan, Isnin.

Zulkiflee menyandang jawatan MD/CEO Affin Bank pada 1 April, 2009.

Di bawah terajunya, kumpulan itu berkembang dari segi saiz dan struktur serta nilai keseluruhan asetnya daripada RM36.8 bilion, keuntungan pracukai dan zakat (PBT) sebanyak RM404.2 juta pada 2008 kepada jumlah keseluruhan aset sebanyak RM66.7 bilion serta PBT RM825.3 juta pada 2014.

Sementara itu, mengulas pelantikan Kamarul Ariffin, kumpulan itu yakin beliau yang berpengalaman luas serta rekod prestasinya yang baik mampu mengemudi syarikat itu mencatat pertumbuhan lebih kukuh.

Kamarul Ariffin membawa bersamanya pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang korporat.

Beliau yang menyertai Affin Bank sebagai Ketua Strategi Korporat pada 2003,  sebelum ini menduduki kerusi CEO Affin Islamic Bank.-- Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan