suria

BHIC Peroleh Kontrak Tambahan Kerajaan Bernilai RM531 Juta

KUALA LUMPUR: Boustead DCNS Naval Corp Sdn Bhd yang juga unit dengan 60 peratus kepentingannya dimiliki Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC), telah menerima kontrak tambahan dengan had nilai RM531.2 juta daripada kerajaan Malaysia.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata, kontrak itu melibatkan perkhidmatan sokongan dalaman (ISS) bagi dua unit kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disenaraikan sebagai kelas Perdana Menteri.

Menurutnya, nilai kontrak tambahan bagi lanjutan kontrak ISS itu akan bermula hari ini sehingga 31 Mei 2017.

"Kontrak ISS itu akan memberi kesan bahan terhadap pendapatan kumpulan BHIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015 selain menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan BHIC, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata, kontrak berkenaan dapat membolehkan syarikat meneruskan usaha-usaha penyenggaraan kedua-dua kapal selam berkenaan sebelum tempoh pasang pulihnya.

"Kapal pertama itu dijadual menjalani proses pasang pulihnya menjelang akhir tahun ini," katanya.

BHIC adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd yang juga subsidiari Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Boustead, TLDM, ISS

Artikel Berikut

Artikel Lain