Terbitan Hak Boleh Lepas MAHB Selesai

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menyelesaikan terbitan haknya yang pertama berikutan penyenaraian dan sebut harga sejumlah 275,308,267 saham di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, Jumaat.

Terbitan hak itu yang pertama kali diumumkan pada 10 Nov, 2014, telah ditetapkan pada RM4.78 sesaham dan berjaya menghasilkan RM1.3 bilion bagi MAHB, katanya dalam satu kenyataan di sini.

MAHB menerima pengesahan penuh dan lebihan permohonan bagi 303,179,299 hak saham yang mencatatkan kadar langganan 110.12 peratus bagi terbitan haknya.

Hasil terbitan hak itu akan digunakan MAHB bagi tujuan pembayaran kemudahan pinjaman penyambung untuk membiayai pembelian baki 40 peratus dalam Istanbul Sabiha Gokcen Uluslararasi Havalimani Yatirim, Yapim ve Isletme A S (ISG) dan LGM Havalimani Isletmeleri Ticaret ve Turizm A S (LGM), yang mengurus dan mengendalikan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen di Turki. 

Pembelian itu selesai sepenuhnya pada 2 Jan, 2015 dan MAHB kini memiliki pegangan ekuiti 100 peratus dalam ISG dan LGM.

"Kami amat gembira dengan sambutan amat menggalakkan yang ditunjukkan pemegang saham kami. Ini kerana ramai yang memutuskan untuk menggunakan hak dan membuat pelaburan seterusnya dalam MAHB," kata Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali.

CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd bertindak selaku Penasihat Bersama Utama, Penaja Jamin Pengurusan Bersama, Penaja Jamin Bersama Bagi Terbitan Hak manakala JPMorgan Securities (Malaysia) Sdn Bhd adalah Penaja Jamin Bersama.

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airports Holdings Bhd , MAHB

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan