suria

Alliance Bank Dinamakan Bank PKS Terbaik Buat Kali Kedua

KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd dipilih buat kali kedua sebagai 'Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terbaik' di Asia Pasifik, rantau Teluk dan Afrika pada majlis Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2015 Kecemerlangan The Asian Banker, yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Kali pertama bank itu memenangi anugerah tersebut pada 2013.  

"Alliance Bank amat penting dalam segmen PKS kerana kami yakin PKS memainkan peranan penting dalam pertumbuhan negara," kata Naib Presiden Eksekutif Kanan bank itu, Ketua Perbankan Perniagaan Kumpulan, Steve Miller, dalam kenyataan pada Jumaat.

Program inovatif bank itu, BizSmart Academy, turut memenangi anugerah bagi 'Inisiatif Jenama Perbankan Runcit Terbaik' di Asia Pasifik, rantau Teluk dan Afrika.

"Sejak enam tahun lepas, Alliance Bank telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik utama untuk memacu perniagaan perbankan PKS bank itu ke hadapan," kata Ketua Penyelidikan The Asian Banker, Colin Savage.

"Perjalanan transformasinya terdiri daripada tiga fasa utama daripada pelancarannya pada 2009 untuk menggandakan pertumbuhan dalam asas pinjaman PKS dalam tempoh tiga tahun dan kemudian tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun," katanya.

Alliance Bank Malaysia Bhd

Artikel Lain