suria

Bina Puri Peroleh Projek Loji Rawatan Kumbahan

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Bina Puri Holdings Bhd, Bina Puri Sdn Bhd dianugerahi projek loji rawatan kumbahan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Dalam satu kenyataan, Khamis, Bina Puri Holdings berkata, kontrak meliputi pembinaan, pelengkapan, pengujian dan pentauliahan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bunus termasuk penyelenggaraan selama 12 bulan.

Projek yang bernilai RM291.16 juta itu akan disiapkan dalam tempoh 18 bulan.Ia akan mempertingkat kapasiti muatan rawatan pelepasan kumbahan sebanyak tiga kali ganda daripada unjuran 1.1 juta penduduk menjelang 20135.

Projek terbaharu ini menjadikan nilai projek belum dibina dalam tangan Kumpulan berjumlah RM2.11 bilion setakat ini. -- Bernama

Artikel Lain