1MDB Real Estate, Lend Lense Meterai Perkongsian Bangun TRX

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 3:55 PM

Najib bersama Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Real Estate, Datuk Azmar Talib bersama Ketua Pegawai Ekselutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Lend Lease Steve McCann pada majlis memeterai perjanjian untuk membangunkan segmen gaya hidup Lifestyle Quarter di Tun Razak Exchange (TRX) di ibu negara, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1MDB Real Estate dan syarikat berpangkalan di Australia, Lend Lease memeterai perkongsian untuk membangunkan segmen gaya hidup Lifestyle Quarter di Tun Razak Exchange (TRX) yang berunjuran nilai pembangunan kasar (GDV) RM8 bilion apabila siap kelak.

1MDB Real Estate yang merupakan pemaju induk TRX akan menguasai 40 peratus daripada perkongsian itu dengan baki oleh Lend Lease.

"Dengan termeterainya perkongsian Lifestyle Quarter ini, 1MDB Real Estate akan memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf infrastruktur utama bagi TRX dan kawasan Imbi.

"Ini bagi memacu pembangunan TRX untuk menampung peningkatan permintaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Real Estate Datuk Azmar Talib.

Usaha sama itu serta perjanjian jual beli ditandatangani di sini, Khamis dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian rangka kerja induk pada Oktober lepas.

Azmar berkata, TRX berjaya memainkan peranan sebagai pemangkin dalam menarik komitmen pelaburan langsung asing (FDI) ke daerah kewangan utama Malaysia itu.

"Kami dengan bangganya mengumumkan pelaburan sulung dalam TRX bersama-sama Lend Lease, rakan kongsi antarabangsa yang kukuh dan bereputasi baik. Kami akan mengumumkan lebih banyak komitmen daripada pelabur utama tempatan dan antarabangsa pada bulan-bulan mendatang," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Segmen gaya hidup yang akan mendukung wawasan TRX untuk muncul sebagai hab kewangan dan perniagaan antarabangsa, merupakan pembangunan bercampur-campur diteraju oleh sektor runcit dan akan dimajukan di atas kawasan seluas lebih 17 ekar (6.8 hektar).

Ia merangkumi kompleks beli-belah, beberapa blok kediaman bertingkat tinggi dan sebuah hotel yang akan bersambung dengan sebuah taman pelbagai lapisan di tengah-tengah serta stesen MRT terbesar di Kuala Lumpur.

"Kami yakin dapat menjadikan segmen gaya hidup TRX ini sebagai satu kejayaan cemerlang bersama-sama rakan kongsi kami," kata CEO Lend Lease bagi Asia, Rod Leaver.

Lend Lease merupakan kumpulan firma hartanah antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan bersepadu merangkumi pengurusan pelaburan, pembangunan, pembinaan, pengurusan projek serta pengurusan aset dan hartanah.

Antara projek pembangunan semula bandar yang utama oleh Lend Lease ialah Barangaroo South dan Darling Harbour Live di Sydney, Australia, serta The International Quarter dan Elephant  and  Castle di London, United Kingdom.

Lend Lease juga pernah terlibat dalam beberapa projek penting di Malaysia antaranya Menara Kembar Petronas, Setia City Mall dan yang terbaharu  Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

Ia dipilih daripada kumpulan pembida antarabangsa dan tempatan untuk bekerjasama dengan 1MDB Real Estate bagi membangunkan Lifestyle Quarter pada Jun 2014 selepas dipelawa menjadi rakan pembangunan strategik dalam TRX.

TRX akan menjadi antara pembangunan terbesar dalam portfolio semasa projek global Lend Lease Segmen gaya hidup itu akan menjadi nadi sosial wilayah TRX.

Ia bertujuan menawarkan pengalaman gaya hidup yang moden serta menjadi penanda aras baharu bukan sahaja dari segi reka bentuk tetapi juga jenis peruncit, kemudahan menjamu selera, kegiatan riadah serta hiburan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB Real Estate , Lend Lease , TRX

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan