suria

CIMB Dipilih Bank Terbaik Asia Pasifik

KUALA LUMPUR: CIMB Group dipilih sebagai Bank Terbaik di Asia Pasifik pada majlis IDC Financial Insights Innovation Awards (FIIA) bagi  2015 semasa Kongres Perkhidmatan Kewangan Asia di Singapura, baru-baru ini.

Kategori Bank Terbaik di Asia Pasifik itu dinilai berdasarkan kepada sejauh mana bank melaksanakan beberapa domain teknologi maklumat dalam transformasinya bagi tempoh lima tahun lepas.

Ketua bahagian maklumat dan operasi CIMB Group, Iswaraan Suppiah berkata anugerah itu menjadi bukti kepada kekuatan platform teknologi dan operasi serantau kumpulan kerana ia bersaing dalam landskap yang semakin meningkat di ASEAN.

"Kami berharap untuk mengulangi kejayaan sama pada masa hadapan, menyediakan teknologi perbankan terbaik untuk pelanggan kami dan juga membantu mereka mengurus dan menambah baik amalan perbankan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Setiap tahun, IDC Financial Insights menjemput institusi kewangan di seluruh Asia Pasifik untuk mencalonkan inisiatif yang layak kepada pengiktirafan khas dalam bidang inovasi.

Inisiatif diukur oleh Panel Penilaian FIIA, terdiri daripada penganalisis seluruh dunia Financial Insights dan sebuah panel bebas pengamal industri pengamal dengan set matriks yang ketat.

CIMB

Artikel Lain