Eksport Minyak Sawit Ke Iran Menurun

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Eksport produk minyak sawit Malaysia ke Iran turun 42.1 peratus kepada 447,058 tan pada 2014, berbanding 635,258 tan pada 2013, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata secara keseluruhan eksport produk sawit Malaysia susut 36 peratus kepada 515,231 tan tahun lepas.

"Penurunan berkenaan disebabkan oleh dasar diskriminasi dan sekatan di Iran terhadap import minyak sawit," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan anggota Parlimen Iran di sini, Isnin.

Delegasi Iran itu diketuai oleh Ketua Pendidikan dan Suruhanjaya Penyelidikan Parlimen Iran, Mohammad Mahdi Zahedi.

Uggah berkata antara topik yang dibincangkan ialah penurunan ketara dalam eksport, salah tanggapan mengenai faedah minyak sawit dan pengurangan dalam imbangan dagangan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia dipertanggungjawab untuk mengadakan perbincangan susulan dengan pihak berkuasa Iran bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan minyak sawit.

"Terdapat cadangan untuk mewujudkan kerjasama strategik antara MPOB dan pusat penyelidikan di Teheran bagi memulakan penyelidikan yang berkemungkinan menjadikan mereka (Iran) lebih yakin (mengenai manfaat minyak sawit)," katanya.

Beliau berkata kementerian merancang untuk menghantar delegasi ke Iran selepas tugas berkenaan selesai, mungkin pada akhir 2015.

Iran merupakan antara pengimport utama minyak sawit Malaysia dari Timur Tengah, menjadikan negara itu dalam senarai 10 pengimport utama produk sawit Malaysia.

Minyak sawit menjadi lelemak dan minyak utama yang digunakan di Iran melibatkan 862,300 tan pada 2013 diikuti dengan minyak kacang soya pada 550,200 tan dan minyak bunga matahari berjumlah 247,200 tan.

Tags / Kata Kunci: Iran , Minyak Sawit

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan