suria

Petronas Tetapkan Harga Sukuk Dan Bon Konvensional US$5 Bilion

KUALA LUMPUR: Petronas menetapkan harga bagi tawaran bon pelbagai-tranche bernilai US$5 bilion pada Rabu, dengan hasil digunakan oleh syarikat atau anak syarikat dan syarikat bersekutu untuk tujuan korporat.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak negara berkata transaksi itu terdiri daripada tranche Sukuk lima tahun bernilai US$1.25 bilion, tranche Sukuk tujuh tahun bernilai US$750 juta, nota konvensional 10 tahun bernilai US$1.5 bilion dan nota konvensional 30 tahun dengan nilai US$1.5 bilion.

Sukuk lima tahun itu ditetapkan harga pada 110 mengikut mata (bps) berbanding perbendaharaan lima tahun kepada hasil 2.707 peratus dan nota  konvensional 10 tahun yang ditetapkan pada harga 130 bps berbanding perbendaharaan tujuh tahun kepada hasil 3.605 peratus.

Nota konvensional 10 tahun ditetapkan pada harga 190 bps berbanding perbendaharaan 30 tahun kepada kadar hasil 4.576 peratus.

Ini merupakan tawaran pertama daripada Petronas sejak bon dwi-bahagian bernilai US$4.5 bilion pada Ogos 2009 dan terbitan G3 terbesar dari Asia Tenggara.

Bon G3 diterbitkan dalam dolar AS, Yen dan Euro.

Bank of America Merrill Lynch, CIMB Investment Bank, Citigroup, J.P Morgan dan Morgan Stanley berperanan sebagai penyelaras bersama aktif dan pengurus utama.

Petronas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Paras Hutang PFI Terkawal

Artikel Lain