Pintu Utama Lapangan Terbang Malaysia Kendalian MAHB Catat Peningkatan 1.9 Peratus Penumpang

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 10:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA : Pintu utama lapangan terbang Malaysia yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) telah mencatat sebanyak 8.2 juta penumpang dan angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 8.05 juta. 

Penerbangan domestik telah naik 5 peratus dengan rekod 4.5 juta penumpang manakala penerbangan antarabangsa jatuh sehingga 3.7 peratus dalam tempoh yang telah direkodkan.  

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat 4 juta penumpang iaitu turun sebanyak 2.7 peratus berbanding dengan peningkatan 16.5 peratus pada 2014.

Menurut MAHB, penerbangan antarabangsa dan domestik masing-masing menurun sebanyak 2.8 peratus dan 2.5 peratus.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata peningkatan prestasi trafik bulan lalu dapat kembali meningkatkan sektor domestik dan antarabangsa.

MAHB juga mencatatkan pertumbuhan 5.2 peratus dengan 107 juta penumpang bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul. Secara keseluruhan, pergerakan pesawat bagi lapangan terbang MAHB meningkat 8.7 peratus dalam tempoh itu.

MAHB pada keseluruhannya telah menunjukkan prestasi yang bagus untuk penerbangan domestik dan juga Sabiha Gokcen Istanbul yang mana MAHB adalah operatornya.

Prestasi trafik Malaysia meningkat dari semasa ke semasa setiap tahun dan merekodkan peningkatan 11.8 peratus disebabkan cuti Tahun Baru Cina. Catatan pada bulan Februari tahun ini adalah 68.2 peratus iaitu lebih rendah berbanding catatan 74.6 peratus pada bulan Februari 2014.

Tags / Kata Kunci: MAHB , pintu utama lapangan terbang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan