MK Land Lancar Dua Projek Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd, akan melancarkan dua buah projek pada tahun ini dengan gabungan Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM600 juta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lau Shu Chuan.

"Masih terdapat yang menunggu kelulusan berkaitan dengan projek tetapi sebaik kami memperolehnya, kami akan melancarkan projek-projek itu antara April dan Jun," katanya kepada pemberita pada sambutan Tahun Baru Cina syarikat itu di sini, Khamis.

Projek itu terdiri daripada apartmen berperkhidmatan bernilai RM450,000 ke atas di Damansara Damai dan apartmen di Damansara Perdana, berharga lebih RM600,000 seunit.

Beliau berkata kawasan itu kekal lokasi terbaik yang dicari pembeli rumah, sama ada untuk diduduki atau pelaburan.

"Ini berikutan kawasan itu mempunyai akses yang mudah, dan kami berharap projek itu akan mendapat jualan yang baik dan menyumbang secara positif kepada suku akan datang," katanya.

MK Land baru-baru ini melaporkan keuntungan bersih yang rendah sebanyak RM13.22 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2014, berikutan perolehan rendah daripada pembangunan hartanah dan perniagaan liburannya.

Lau berkata jualan produknya lembap walaupun pada separuh kedua tahun lepas berikutan minat pengguna telah beralih daripada hartanah mewah kepada hartanah mampu milik.

Menyedari keadaan itu, beliau berkata MK Land akan mengimbangi campuran produknya sebagai usaha untuk bertahan dalam pasaran apabila 70-80 peratus daripada jualan adalah dari Lembah Klang.

Lau juga berkata MK Land ketika ini merancang projek perumahan mampu milik yang lain di Meru Perdana, Klebang Putra dan Lembah Beriah (semuanya di Perak), bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Tags / Kata Kunci: MK Land

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan