suria

Unit Bintai Kinden Peroleh Kontrak Resort RM31.673 Juta

Kawasan Bintan, Indonesia.

KUALA LUMPUR: Unit Bintai Kinden Corp Bhd, BK Singapore Trading Pte Ltd, diberikan kontrak luar pesisir RM31.673 juta oleh PT Bintan Vista untuk pembangunan resort di Bintan, Indonesia.

Kontrak itu adalah bagi pembekalan serta penyerahan peralatan dan bahan utama untuk pengalihan udara penghawa dingin dan mekanikal, elektrikal, pencegahan kebakaran, penggera kebakaran, perpaipan, sanitari dan gas, lif, kolam renang dan penjana kuasa.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Bintai Kinden berkata projek itu disasarkan siap pada 6 Nov, 2016.

Surat anugerah bagi projek itu diterima BK Singapore Trading dan juga Bintai Kinden pada 3 Mac.

Projek itu dijangka menyumbang kepada pendapatan kumpulan pada masa hadapan dan tidak mempunyai kesan kewangan terhadap pendapatan, aset bersih dan tahap kadar hutang bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

Unit Bintai

Artikel Lain