Malaysia Yakin Capai Dagangan Dua Hala AS$160 Bilion Dengan China

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tetap yakin mencapai sasaran dagangan dua hala AS$160 bilion (AS$1=RM3.63) dengan China menjelang 2017 di sebalik tragedi penerbangan MH370, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Tahun lepas, dagangan keseluruhan antara Malaysia dan China adalah sebanyak AS$102 bilion.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dagangan keseluruhan Malaysia dengan China tidak banyak terjejas disebabkan tragedi tersebut, walaupun pengunjung China ke Malaysia berkurang selepas itu.

"Bagaimanapun, kita menyaksikan pemulihan pada masa kini," Mustapa berkata kepada pemberita pada sesi jaringan kerja dengan semua agensi di bawah MITI sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, Selasa.

Beliau berkata, kementerian itu sedang berusaha supaya negara dapat mencapai sasaran berkenaan termasuk menubuhkan Majlis Eksport Negara, yang akan menjalankan mesyuarat pertamanya pada Jumaat ini dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata organisasi khusus juga akan dibentuk di bawah majlis itu dengan dua kali mesyuarat setahun antara kedua-dua negara.

"China merupakan rakan dagangan pertama Malaysia. Oleh yang demikian, apa sahaja rancangan kita untuk negara, kita perlu mempunyai strategi khusus bagi  China," kata Mustapa.

Terdahulu, sesi dialog dikendalikan antara menteri dan pertubuhan usahawan untuk menghimpunkan idea ke arah mencapai sasaran itu, yang pertama kali ditetapkan pada 2013.

Antara pandangan adalah skim belian balik yang dengannya syarikat China boleh melabur di Malaysia tetapi terikat untuk membeli balik produk tempatan, dan menggalakkan usahawan tempatan mempromosi lebih banyak produk halal di China di samping komoditi serta produk elektrik dan elektronik.

"Jika semua rancangan berjalan dengan baik, kita mampu mencapai sasaran kita. Miti menetapkan matlamat pertumbuhan 20 peratus dalam dagangan dua hala setahun," kata beliau.

Tahun lepas, eksport dari China ke Malaysia susut 4.8 peratus kepada RM92.35 bilion manakala import berjumlah RM115.50 bilion, naik 8.7 peratus.

Pada 2013, eksport dari China meningkat 9.3 peratus kepada RM97.04 bilion manakala import naik 15.7 peratus kepada RM106.26 bilion.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , China , Miti , Mustapa Mohamed

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan