suria

Asia Kekal Sebagai Pasaran Eksport LNG Masa Depan

SINGAPURA: Asia diunjurkan kekal sebagai pasaran utama eksport Gas Asli Cecair (LNG) pada masa depan meskipun wujud persekitaran yang mencabar, termasuk kejatuhan harga minyak mentah, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura, S Iswaran.

Dalam ucapan pada edisi ke-10 Persidangan Bekalan LNG untuk Pasaran Asia  (LNGA) di sini, beliau berkata pasaran global LNG telah banyak berubah tahun lepas.

"Semasa pertemuan pada persidangan LNGA tahun lepas, unjuran pasaran sangat  optimistik hasil daripada permintaan global yang berkembang untuk gas asli serta projek gas asli yang dirancang.

"Sejak itu, perkembangan pasaran paling ketara ialah penurunan mendadak harga minyak mentah. Harga minyak mentah Brent merosot kira-kira 50 peratus sejak pertengahan 2014.

"Kita juga mula melihat bekalan baharu LNG beroperasi pada 2015," kata Iswaran yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Kedua dan Menteri Perusahaan dan Industri Kedua.

Australia sahaja menjangkakan menambah bekalan LNG sekurang-kurangnya tiga projek baharu pada 2015 Gorgon, Gladstone dan Australia Pasifik.

Di Amerika Syarikat, projek Sabine Pass LNG dijadual memulakan operasi pada lewat 2015.

Bekalan baharu ini dijangkakan mengurangkan pasaran gas dunia yang kecil.

Menurut Iswaran, permintaan LNG Asia dijangkakan kekal rendah dalam tempoh terdekat, selain pembeli utama seperti Jepun, Korea Selatan, China dan India menjangkakan permintaan LNG yang lemah, serta pertumbuhannya, untuk keperluan mereka.

Beliau berkata kedudukan pasaran ketika ini menunjukkan anjakan memihak kepada pembeli LNG Asia.

Harga semasa LNG Asian merosot daripada paras purata bulanan US$14/mmbtu (pada Oktober 2014) ke paras semasa sekitar US$6-7/ satu juta Unit Termal British (BTU) (bagi penghantaran April 2015).

Iswaran berkata sebaliknya bagi pengeluar LNG, tekanan rendah harga minyak mungkin menjejaskan daya maju dan kelestarian projek baharu LNG baharu dan sedang dirancang.

"Malah, harga minyak yang rendah sudah pun menjejaskan margin sebahagian pengeluar, yang menjurus kepada penangguhan beberapa projek.

"Hanya minyak yang rendah secara berterusan juga mungkin menjejaskan syarikat membuat pelaburan. Berikutan ketidaktentuan dan cabaran dalam jangka pendek, pelarasan dan penyepaduan dijangkakan berlaku.

"Namun, pengguna dan pengeluar wajar melihat jauh ke hadapan bagi memanfaatkan kitaran ini. Gas asli, sebagai bahan api fosil paling bersih, akan berkembang sebagai gabungan tenaga yang penting bagi Asia," katanya.

Beliau berkata banyak negara Asia telah pun membuat komitmen jangka panjang ke atas gas asli dan kebanyakan terminal import LNG yang sedang dalam pembinaan atau dirancang di seluruh dunia, terletak di Asia.

Ini katanya termasuk jiran Singapura, Malaysia dan Indonesia, China, Jepun dan Filipina, dan yakin Asia akan kekal sebagai pasaran eksport LNG utama untuk masa akan datang.

LNG, Asia

Artikel Lain