suria

Perisian Petroleum Peroleh Lanjutan Carter Kapal Bernilai AS$3.65 Juta

KUALA LUMPUR: Perisai Petroleum Teknologi Bhd menerima notis daripada Emas Offshore Pte Ltd untuk lanjutan carter kapal kosong bagi tiga kapalnya dengan nilai anggaran AS$3.65 juta (RM13.24 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, Perisai Petroleum Teknologi berkata carter lanjutan yang diperoleh oleh Intan Offshore Group, subsidiarinya dengan pemilikan 51 peratus, akan berakhir pada 31 Ogos 2017.

Pada 18 September 2012, Intan Offshore Group memperoleh carter kapal kosong bagi kapal sokongan luar pesisir daripada Emas Offshore untuk selama tiga tahun berkuat kuasa 1 September 2012 dan tamat 31 Ogos 2015 dengan opsyen lanjutan selama dua tahun lagi.

"Sewa carter harian teragregat bagi carter lanjutan yang dibayar kepada Intan Group ialah sebanyak US$5,000 sehari," katanya.

Artikel Lain