AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Untuk Semua Tempat Duduk, Penerbangan

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 7:01 PM

airasia
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia melalui promosi terbarunya menawarkan 20 peratus diskaun tambang untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan ke lebih 100 destinasi di semua rangkaian laluan di 20 negara, tanpa sebarang surcaj bahan api.

Dalam satu kenyataan, Isnin, kumpulan itu berkata, tempahan boleh dibuat di airasia.com mulai 3 Mac hingga 8 Mac 2015 dengan penerbangan mulai 5 Mac hingga 12 Julai 2015.

Diskaun 20 peratus itu juga terpakai kepada tempahan melalui aplikasi mudah alih AirAsia di iPhon dan peranti Android, serta mobile.airasia.com, katanya.

Tawaran itu terpakai kepada semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK (Malaysia AirAsia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (Thailand AirAsia), XJ (Thailand AirAsia X), QZ (Indonesia AirAsia) kecuali penerbangan domestik Indonesia, XT (Indonesia AirAsia Extra), PQ (Philippines AirAsia) dan Z2 (AirAsia Zest), tambahnya.

Ketua Komersilnya, Spencer Lee berkata, dengan rangkaian laluan terbesar di rantau ini, promosi diskaun itu akan meningkatkan permintaan untuk perjalanan dengan AirAsia.

Sebagai rakan kongsi yang terlibat dalam tawaran istimewa ini, pemegang Kad Kesetiaan BIG AirAsia dan Prabayar BIG MasterCard boleh mengumpul mata apabila terbang dengan AirAsia dan juga menebus penerbangan mereka sepanjang tempoh promosi di AirAsiaBig.com, kata AirAsia.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , diskaun

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan