suria

Mudajaya Catat Kerugian Sebelum Cukai RM62.73 Juta

KUALA LUMPUR: Mudajaya Group Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM62.73 juta pada 2014 berbanding keuntungan sebelum cukai RM195.63 juta dicatatkan pada 2013.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, hari ini, syarikat berkata perolehan susut kepada RM1.04 bilion berbanding RM1.54 bilion sebelum ini berikutan kos tambahan yang ditanggung oleh projek-projek tempatan.

"Sektor pembinaan di Malaysia terus dilihat menyakinkan pada tahun-tahun akan datang disebabkan jangkaan daripada projek-projek infrastruktur mega termasuk Mass Rapid Transit Jajaran 2  and  Jajaran 3, loji kuasa baharu, lebuh raya, projek infrastruktur dan projek inisiatif pembiayaan swasta.

"Kumpulan yakin dan berada pada kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada beberapa projek yang dicadangan ini," katanya.

Mudajaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain