Malaysia Minat Laksanakan Projek Infrastruktur Di Sri Lanka

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengemukakan cadangan untuk melaksanakan beberapa projek infrastruktur di Sri Lanka di bawah persefahaman kerajaan-kepada-kerajaan.

Ini termasuk projek Monorel Bandaraya Colombo oleh Scomi International, saluran paip minyak, lebuh raya serta pembangunan perumahan.

Perkara itu dibincangkan Wakil Khas Malaysia bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickramasinghe di Colombo, Khamis.

"Perdana Menteri Sri Lanka bersifat terbuka terhadap cadangan kita dan berjanji untuk meneliti dan memberi maklum balas dengan seberapa segera.

"Beliau juga mahukan kerjasama serantau dengan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Samy Vellu turut mengakui banyak syarikat Malaysia yang amat berminat untuk menyertai usaha pembangunan infrastruktur Sri Lanka, terutamanya selepas kerajaan baharu berkuasa pada Januari lepas.

"Wujud keyakinan yang ketara terhadap kerajaan baharu ini. Malah kita percaya cadangan yang dikemukakan itu akan diterima oleh kerajaan Sri Lanka," katanya.

Wickramasinghe juga, kata Samy Vellu, mahu agar pelaksanaan projek yang menjadi keutamaan, khususnya yang membabitkan kepentingan rakyat Sri Lanka dapat dipercepatkan.

Ini melibatkan projek perumahan bagi rakyat miskin serta rangkaian lebuh raya yang baik menghubungkan Colombo ke bahagian utara negara itu.

Selain itu, Samy Vellu turut mengadakan perbincangan dengan lapan Menteri Kabinet Sri Lanka.

"Apabila pulang ke Kuala Lumpur, saya akan mengadakan mesyuarat dengan syarikat Malaysia yang berkaitan untuk merangka strategi pelaksanaan semua projek yang dirancangkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sri Lanka , Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan