suria

UMLand Akan Lancar Projek Baharu Dengan Gabungan GDV RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, United Malayan Land Bhd (UMLand) dijangka melancarkan projek-projek baharu di Johor dan Lembah Klang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.5 bilion dalam tahun ini.

Antara projek tersebut merupakan Bandar Seri Alam, Bandar Seri Albion dan UM City di Medini Iskandar, yang terletak di Johor Baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Chia Lui Meng, berkata projek-projek yang terletak di Johor Baharu mempunyai potensi yang besar memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura.

"Tahun ini, kami akan memberi penekanan ke atas rumah bertanah mampu milik berbanding dengan pangsapuri disebabkan terdapat permintaan yang mengalakkan daripada pembeli," katanya kepada pemberita semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini, Khamis.

Kumpulan itu sangat yakin bahawa sasaran jualan tahun ini yang dipacu oleh pelancaran baharu dan projek sedia ada akan mencecah RM1 bilion.

Menurut Chia, kumpulan itu mengunjurkan projek di Johor akan menyumbang sebanyak 80 peratus kepada pendapatan kumpulan, manakala projek di Lembah Klang menyumbang sebanyak 15 peratus.

Mengenai rancangan bagi mengembangkan aktiviti kumpulan ke seberang laut, katanya : "Opsyen tersebut sentiasa terbuka untuk kami tetapi pada masa sekarang, tumpuan utama lebih kepada dalam negeri."

Penurunan nilai ringgit akan menyebabkan pasaran hartanah lebih menarik kepada pelabur asing, katanya lagi.


UMLand, Medini Iskandar, UM City

Artikel Lain