Firma Pembinaan Digesa Bida Projek Jejambat Yangon

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 7:28 PM

Matrade
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan Malaysia digesa membida projek jejambat kerajaan Myanmar bernilai lebih AS$50 juta yang dijadual dibangunkan lewat tahun ini.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, Yangon Regional Government akan mengeluarkan tender bagi pembinaan jejambat di tiga lokasi di Yangon, persimpangan 8th mile, Tamwe dan Kokkine.

"Jumlah bajet bagi keseluruhan jejambat sepanjang 54 km itu hampir AS$55 juta, di mana AS$22.5 juta diperuntukkan bagi persimpangan Tamwe, AS$16.5 juta bagi persimpangan 8th mile dan baki AS$15.5 juta bagi persimpangan Kokkine," kata perbadanan itu.

Matrade berkata, negara itu dilaporkan merancang menawarkan tender terbuka pada akhir Mac tahun ini dengan pembinaan dijangka dilaksanakan pada tahun fiskal 2015-2016 (yang bermula pada April).

Panggilan bidaan akan diumumkan dalam akhbar milik kerajaan Myanmar pada akhir tahun bajet 2014-2015.

Matrade juga akan menganjurkan misi pemasaran khas perkhidmatan pembinaan ke Myanmar pada 16-20 Mac.

Syarikat Malaysia digesa menyertai program ini yang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pembinaan Myanmar, pemilik projek dan pemegang kepentingan relevan dalam industri pemb

Tags / Kata Kunci: Matrade , Yangon , Tamwe

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan