Sungai Terap Bakal Jadi Pusat Perniagaan Dan Kebudayaan

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 2:04 PM

Ismail Mohamed

(Ubah saiz teks)

MUAR: Sungai Terap di sini bakal dijadikan pusat perniagaan dan kebudayaan yang baharu apabila kerajaan membina sebuah dewan yang dianggarkan bernilai RM20 juta tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri dan Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata dewan tersebut akan dibina di Batu 6 Sungai Terap di atas tanah berkeluasan 3.3 hektar yang boleh menampung kira-kira 3,000 orang dalam satu masa.

"Peruntukan pembinaan dewan itu telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pembinaannya akan dimulakan sebaik selesai proses pengambilalihan tanah.

"Dewan ini akan menjadi pusat sehenti untuk kegiatan kebudayaan dan perniagaan dengan menempatkan banyak gerai pelbagai jenis jualan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Muar di Sungai Terap di sini, Selasa.

Beliau berkata, dengan adanya dewan berkenaan diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Katanya, pemilihan Sungai Terap disebabkan ia merupakan laluan utama selain kaya dengan dusun durian di kawasan berkenaan.

"Ini boleh membangunkan sektor agro pelancongan dengan membuka gerai jualan durian dalam dusun seperti yang dilakukan petani di Kebun Baharu, Ledang," katanya.

Ismail yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, beberapa pembangunan lain akan dilakukan di Sungai Terap seperti membina rumah mampu milik, sebuah sekolah menengah dan madrasah tahfiz.

Katanya sebuah sekolah menengah juga sedang dirancang pembinaannya bagi menyelesaikan masalah kesesakan pelajar yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak.
Tags / Kata Kunci: Sungai Terap , Muar , perniagaan , tahfiz

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan