AirAsia Jual 25 Peratus Kepentingan Dalam AAE Travel

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 4:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd mengumumkan ia akan menjual 25 peratus pegangannya dalam AAE Travel Pte Ltd kepada Expedia Inc dengan nilai RM306.187 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata ia telah melaksanakan perjanjian pembelian saham (SPA) dengan Expedia, Expedia Southeast Asia Pte Ltd, dan subsidiari milik penuhnya AirAsia Exp Pte Ltd, bagi mempermudah pelepasan.

Expedia dan AirAsia masing-masing memiliki 50 peratus kepentingan dalam AAE Travel, sebuah syarikat usaha sama, masing-masing menerusi Expedia Southeast Asia dan AirAsia Exp.

"Pelaburan AirAsia dalam AAE Travel akan menghasilkan keuntungan atas pelupusan berjumlah RM279.598 juta yang diunjur direalisasikan pada suku pertama 2015.

"Pembayaran untuk cadangan jualan akan dibuat dalam tempoh lapan hari perniagaan selepas semua penerbangan bersekutu menandatangani dan menyatakan semula perjanjian tiket usaha sama dan perjanjian tiket," katanya.

AirAsia berkata rasional di sebalik transaksi itu ialah untuk menjana wang daripada pelaburan dalam AAE Travel dan meningkatkan kecairan serta akses kepada modal.

"Transaksi juga akan meningkatkan pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan nisbah hutang lebih rendah," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan