suria

Tiada Lagi Langkah Bertenang Dalam Sektor Hartanah, Kata Abdul Rahman

Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak akan mengenakan lagi langkah-langkah bertenang untuk sektor hartanah bagi sepanjang tahun ini.

"Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa dan cabaran yang sedang dihadapi oleh negara. Kami mempunyai langkah-langkah bertenang sekarang ini seperti ratio pinjaman kepada nilai sebanyak 70 peratus dan larangan ke atas orang asing untuk membeli rumah.

"Oleh itu, kami tidak akan mengenakan langkah-langkah bertenang lagi," kata menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Bandaraya Pintar Malaysia dan Greater KL 2015 di sini, Khamis malam.

Beliau mengalakkan golongan muda Malaysia untuk menyewa daripada tergesa-gesa membeli rumah.

Artikel Berikut

Artikel Lain