Kilang Pasdec Auto Pindah Ke Botswana

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 7:11 PM

Adnan berbincang dengan Seretse, ketika menerima kunjungan delegasi Pasukan Pembangunan Botswana, di Kuantan, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pasdec Holdings Bhd (Pasdec), anak syarikat milik kerajaan negeri Pahang, akan memindahkan kilang unitnya, Pasdec Automotive Technologies (PAT) di Brits, Afrika Selatan ke Lobatse, sebuah bandar di tenggara Botswana.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memuji respons positif Botswana terhadap proses penempatan semula itu dengan berkata PAT komited untuk menambah nilai kepada ekonomi Botswana dan memperbaiki kehidupan rakyatnya.

"PAT mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam program pembangunan berterusan kami, yang selama ini telah mempertingkat dengan ketara kepakaran dan pengetahuan ratusan pekerjanya.

"PAT tidak akan menyimpang dari dasar ini dan melalui dedikasi kepada latihan, kami percaya kami boleh membuat sumbangan yang bermakna kepada kemajuan kemahiran di Botswana, terutamanya di Lobaste," katanya.

Adnan berkata demikian pada majlis makan malam semalam sempena lawatan delegasi Botswana ke Pahang yang diketuai oleh Menteri Perdagangan dan Industrinya Vincent Seretse.

Adnan, yang tidak mengulas lanjut mengenai penempatan semula kilang itu, menyuarakan keyakinan bahawa perniagaan akan terus berkembang memandangkan bekalan PAT kepada jenama kereta utama seperti Nissan, Renault dan Volkswagen.

"Kita perlu terus mengeluarkan produk bertaraf dunia, dengan itu terdapat keperluan bagi kita untuk terus mengembangkan kemahiran bertaraf dunia dalam tenaga kerja kita," katanya.

Seretse pula dalam ucapannya berkata projek berkenaan sejajar dengan agenda kerajaan negaranya untuk pembangunan ekonomi, kepelbagaian dan menggalakkan eksport.

"Keutamaan dalam pelan pembangunan semasa kami ialah mewujudkan peluang pekerjaan, dan dalam fasa pertama projek itu, 500 peluang pekerjaan akan diwujudkan.

"Ini sememangnya masa mengubah kehidupan penduduk Lobatse," katanya.

Beliau berkata, Botswana adalah destinasi hebat untuk perniagaan, memandangkan kestabilan politik dan ekonomi, ketiadaan kawalan pertukaran, diberi penarafan sebagai negara kurangnya rasuah di Afrika, serta mempunyai antara rejim cukai paling rendah di rantau berkenaan dan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi serta produktif.

Kerajaan Botswana juga menyediakan bantuan kewangan kepada bakal pelabur melalui entiti seperti Perbadanan Pembangunan Botswana (BDC), syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Pasdec , Botswana , Adnan Yaakob

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan