suria

Irda Meterai MoU Dengan Toyama City Jepun Bagi Inisiatif Futurecity

Ismail Ibrahim

JOHOR BARU: Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (Irda) bekerjasama dengan Toyama City Jepun untuk meneroka inisiatif 'FutureCity'.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada strateginya untuk membangunkan Iskandar Malaysia sebagai metropolis yang mampan dan kukuh pada masa depan.

Kedua-dua pihak dijangka memeterai memorandum persefahaman (MoU) itu, Ahad sempena Forum Antarabangsa mengenai FutureCity yang diadakan di hotel Thistle di sini.

Ketua Eksekutif Datuk Ismail Ibrahim akan mewakili Irda pada majlis pemeteraian tersebut dan Toyama City oleh Datuk Bandarnya, Masashi Mori.

Ismail berkata, inisiatif tersebut sejajar dengan usaha untuk membangunkan  Iskandar Malaysia."Kita dapat mempelajari banyak daripada negara-negara maju seperti Jepun.

"Kami merancang untuk belajar daripada Toyama City dan akan cuba mengguna pakai untuk Iskandar Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini.

Irda dan Toyama City dijangka meneroka projek seperti sistem penjanaan hidroelektrik dan pengangkutan awam, terutamanya berhubung teknologi dan sumber manusia.

Forum sehari itu merupakan anjuran Irda dan dihadiri kira-kira 250 pakar tempatan dan luar negara.

Artikel Berikut

Artikel Lain