All-Nippon Airways Timbang Perkhidmatan Kargo Ke Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Selepas mengumumkan ia akan melancarkan perkhidmatan penumpang harian dari Tokyo ke Kuala Lumpur mulai 1 September ini baru-baru ini, syarikat penerbangan Jepun, All-Nippon Airways (ANA), turut mempertimbang perkhidmatan kargo ke Malaysia atau Vietnam.

"Berdasarkan penubuhan Komuniti Ekonomi Asean (AEC), daya tarikan rantau ini terus meningkat.

"Langkah ini akan turut meningkatkan perdagangan semua kargo kami melalui udara, bukan hanya antara negara-negara anggota komuniti Asean, tetapi juga rantau Asia Pasifik," kata Naib Presiden Eksekutif (Pemasaran Global) ANA-Cargo, Tashiaki Toyama kepada Bernama di sini.

ANA turut dalam usaha mengembangkan trafik Asia-Amerika Utara melalui usaha sama dengan United Airline (UAL) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), yang dijangka meningkatkan trafik antara dua benua.

Pasaran kargo Amerika Utara mengukuh berikutan ekonomi AS memperoleh momentum dan dengan pengangguran di AS terus menurun, ia menjana permintaan pelanggan yang tinggi.

Strategi pemasaran ANA menumpukan kepada apa yang disifatkan oleh eksekutif syarikat penerbangan tersebut sebagai 'pasaran berkaitan Asia' yang diunjurkan berkembang sebanyak lima peratus setahun.

Segmen perkhidmatan ekspres dalam pasaran antara Asia merupakan satu lagi bidang yang wujud dengan potensi perniagaan kukuh bagi Perniagaan eDagang B2C syarikat penerbangan Jepun.

ANA turut memperoleh kedudukan dalam pasaran Eropah dengan menjalin usaha sama dengan Lufthansa-Cargo (LHC), baru-baru ini.

Eksekutif LHC berkata kerjasama ANA-LHC akan menjana 'sinergi yang luas' yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

LHC kukuh di rantau Asia Pasifik dan akan meraih manfaat daripada pengenalan perkhidmatan kargo oleh ANA kepada sama ada Malaysia atau Vietnam.

Penubuhan AEC diperhatikan oleh syarikat penerbangan asing yang menghidu peluang perniagaan yang wujud dalam komuniti baharu itu, yang akan menghapuskan hampir semua halangan dan mempermudah perdagangan antara 10 negara anggotanya.

Tags / Kata Kunci: All-Nippon Airways , kargo , Tashiaki Yoyama

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan