suria

Malindo Air Tawar Penerbangan 7 Kali Seminggu Ke Kathmandu

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid Malindo Air akan menawarkan penerbangan tujuh kali seminggu ke Kathmandu, Nepal, bermula hari ini, sebagai destinasi antarabangsa terbaharunya.

Malindo Air dalam satu kenyataan berkata bersempena dengan pelancaran itu, syarikat penerbangan tersebut akan menawarkan tambang bermula daripada hanya RM399 bagi kelas ekonomi dan RM649 bagi kelas perniagaan, semua termasuk peruntukan bagasi percuma dan makanan, bagi kedua-dua kelas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata laluan ini mengukuhkan lagi komitmen syarikat itu untuk menyediakan pilihan penerbangan mampu milik namun selesa bagi pelanggan yang mahukan perkhidmatan tokokan nilai dalam rancangan perjalanan mereka.

"Kami berbesar hati dapat membawa rakyat Malaysia ke kawasan pergunungan  Annapurna dan Himalaya, satu lagi destinasi yang menyeronokkan di Asia," katanya. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain