suria

Proton Jangka Jual 2,000 Unit Model Exora Sebulan

Proton Exora Super Premium 2015.

KUALA LUMPUR: Kejayaan menjual 128,824 unit kenderaan pelbagai guna Exora sejak 2009 mendorong keyakinan Proton untuk menjual 2,000 unit model terbaru Exora sebulan.

Proton pada Khamis melancarkan Exora berwajah baharu, iaitu varian Premium dan Executive, dan rangkaian Super Premium (SP) yang dikuasakan oleh 1.6L enjin turbo pada harga atas jalan RM81,888.

"Kami juga memperkenalkan wajah baharu varian Exora sedia ada yang lebih sporty dengan peningkatan rekaan luaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah dalam satu kenyataan di sini.

Model Premium dan SP dipasang dengan ciri keselamatan seperti beg udara sisi, menjadikan Exora kini dilengkapi empat beg udara, kawalan kestabilan elektronik dan lampu siang.

Ia juga dilengkapi dengan tingkap kuasa hadapan dan belakang, kamera bagi bantuan mengundur dan cermin pandang belakang berimej apabila mengundur bagi semua varian.

Walaupun diberi peningkatan, harga model Proton berwajah baharu dikurangkan sebanyak 5.8 peratus atau RM4,710 bagi varian terpilih sejajar dengan kempen kerajaan untuk mengurangkan harga kereta.

"Exora pilihan popular bukan hanya di Malaysia malah juga di Thailand dan Indonesia di samping pelanggan mendapat jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer yang mana dahulu," kata Abdul Harith.



Proton, Exora, Abdul Harith Abdullah

Artikel Lain