7-Eleven Bekerjasama Dengan GE Malaysia Untuk Memasan Penyelesaian Lampu

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 7:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 7-Eleven Holdings Bhd akan bekerjasama dengan Bahagian Lampu GE Malaysia dalam projek bernilai RM7.12 juta untuk memasang penyelesaian lampu di kedai serbaneka.

Di bawah projek berkenaan, GE akan memasang lampu dan lekapan diod pemancar cahaya (LED) cekap tenaga pada lebih 1,700 kedai serbaneka di seluruh negara, kata kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

"Projek itu dijangka menghasilkan penjimatan tenaga bernilai RM8.54 juta setahun kerana penyelesaian lampu itu akan membantu 7-Eleven mengurangkan penggunaan tenaga dengan banyak berbanding lampu kalimantang yang diguna sekarang," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Gary Brown berkata, GE dipilih berdasarkan nilai cadangan keseluruhan produk, harga, jenama serta perkhidmatan.

"Lampu LED adalah pilihan lampu yang cekap dan berdaya maju untuk kedai serbaneka kerana ia sejajar dengan misi syarikat untuk mengurangkan kos operasi keseluruhannya," katanya.

Tags / Kata Kunci: 7-Eleven , GE Malaysia , Gary Brown

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan