Penguasaan Kewangan Islam Dijangka Bertambah

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 3:40 PM

wang
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kewangan Islam dijangka terus meningkatkan penguasaan dalam industri perkhidmatan kewangan dunia memandangkan ia sudah mencapai kematangan dan keteguhan yang diperlukan.

Pengarah Urusan RHB Islamic, Ibrahim Hassan berkata peserta industri Malaysia perlu melengkapi diri dan memperkukuh kecekapan mereka dalam membangunkan kewangan Islam menjadi barisan hadapan industri kewangan.

Katanya kehebatan Malaysia dalam industri kewangan Islam adalah atas usaha sendiri oleh agensi-agensi berkaitan yang mungkin tidak mudah untuk ditiru oleh negara lain.

"Berbanding bidang kuasa lain, kita beruntung kerana pengawal selia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) bersama-sama agensi kerajaaan dan peserta pasaran telah membangunkan industri kewangan Islam yang dikawal selia dengan baik," katanya dalam ucapan khas pada Persidangan Perbankan Islam dan Undang-undang Kewangan Antarabangsa 2015, di sini, Rabu.

Persidangan dua hari sehingga esok itu dianjur oleh Badan Peguam Malaysia dan Malaysian Current Law Journal.

Menurut Ibrahim setakat ini Malaysia menguasai 60 peratus daripada pasaran sukuk dan hampir 25 peratus aset perbankan Islam dunia.

Beliau berkata cabaran industri kewangan Islam hari ini ialah untuk terus membangunkan standard yang berpaksikan prinsip-prinsip asas Islam.

"Jika mahu kekal relevan secara kompetitif, pasaran kewangan dan undang-undang yang mentadbir industri mesti dinamik," kata Ibrahim.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa pengharmonian undang-undang di bank pusat akan memastikan kejayaan pelan induk dan rangka tindakan sektor kewangan.

Jawatankuasa itu yang antara lain diwakili Jabatan Peguam Negara dan BNM bertujuan menghasilkan sistem perundangan yang kondusif bagi mempermudah dan menyokong rangka kerja industri kewangan Islam.

Bagi tujuan ini perlu ada mahkamah tinggi khusus untuk menangani kes-kes perbankan dan kewangan Islam, katanya.

"Sekadar ada rangka kerja sahaja tidak memadai bagi memacu pertumbuhan industri tanpa mempertingkat saluran penyelesaian pertelingkahan dan timbang tara," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Perbankan Islam , RHB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan