suria

Pengguna Wajar Sokong Produk PKS Untuk Bantu Ekonomi, Kata Chua

KUALA LUMPUR: Pengguna digesa untuk turut memain peranan dalam membantu menstabilkan ekonomi negara dengan menyokong produk kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, ia merupakan antara cara untuk membantu negara dalam tempoh tidak menentu ini, sebagai tambahan kepada langkah lain yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penuntut Perniagaan Malaysia 2015 di Universiti Malaya di sini, Khamis, beliau berkata dalam usaha Malaysia menjadi hab global, usaha itu sepatutnya memberi manfaat kepada pengeluar produk halal.

"Selain penggunaan tempatan, produk berkenaan boleh dieksport," katanya.

Sementara itu, Chua berkata pengurang bayaran visa - terutama dari China,  akan menarik lebih ramai pelawat menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain