suria

Maxis Lancar MyMaxis Untuk Pengguna Pasca Bayar

KUALA LUMPUR: Maxis melancarkan MyMaxis App, sebuah aplikasi perkhidmatan pelanggan, untuk pengguna pasca bayarnya.

"Melalui aplikasi itu, pelanggan boleh melihat maklumat akaun mereka, mencapai ciri layan diri secara lebih cepat, memuat turun dan membayar bil, menyemak penggunaan data serta membeli pas data," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Maxis berkata MyMaxis App boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play bagi pengguna Android sementara pengguna iOS boleh berbuat demikian menerusi App Store.

"Setelah selesai dimuat turun, pelanggan hanya perlu log masuk untuk mencapai maklumat akaun dan ganjaran mereka.

"Peranan pusat fizikal telah berkembang daripada berorientasikan urus niaga  kepada berasaskan perundingan seperti menyemak bil, pengesanan penggunaan dan pembelian," tambahnya.

MyMaxis App, iOs, App Store

Artikel Lain