Pernama Catat Jualan RM330 Juta Pada 2014

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 9:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwira Niaga Malaysia (Pernama), organisasi milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatat jualan RM330 juta pada 2014, jumlah tertinggi sejak 32 tahun penubuhannya.

Ia meningkat berbanding RM314 juta pada 2013 manakala untung sebelum cukai pada tahun lepas kira-kira RM40 juta, kata Pengurus Besar Pernama, Datuk Ab Wahab Khalil.

"Hasil jualan yang tinggi tersebut berikutan pembelian barangan berharga tinggi seperti telefon bimbit, barang kemas hiasan, barangan elektrik serta pinggan mangkuk berjenama," katanya.

Walaupun ekonomi semasa tidak menentu dan memberi kesan kepada pernigaan runcit, Ab Wahab masih mensasarkan pertumbuhan jualan tujuh peratus pada 2015.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis cabutan Kempen Durian Runtuh, Ganjaran Setia Tunai 2' di sini hari ini. Ketua Staf (AM) Major Jeneral Datuk Fadhil Moktar turut hadir.

Menurutnya, hasil jualan itu dicapai menerusi sokongan berterusan anggota dan ahli keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjumlah lebih 120,000 anggota.

"Keuntungan akan dikongsi dengan warga ATM sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara, melalui pelbagai program seperti sukan, kebajikan, pendidikan dengan perbelanjaan hampir RM2 juta, kata Ab Wahab.

Katanya, Pernama juga telah membayar dividen sebanyak RM20 juta kepada LTAT.

Ab Wahab berkata, Pernama akan meneruskan Jualan Jom Rabu bagi membolehkan pelanggan membeli barangan terpilih setiap minggu pada harga lebih rendah daripada harga kos, katanya.

"Pernama juga akan meneruskan jualan barangan lebih rendah daripada  harga pasaran menerusi Jualan Produk Prihatin yang melibatkan subsidi RM8 juta tahun ini berbanding RM7 juta tahun lepas," katanya.

Bagi memperbaiki mutu perkhidmatan, sebanyak RM7 juta turut disediakan bagi menaik taraf dan menambah baik kedai dan kompleks perniagaan Pernama.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan