AirAsia Mansuh Surcaj Bahan Api, Perkenalkan Tambang Serendah RM19

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia memansuhkan surcaj bahan api bermula Isnin (hari ini) bagi kesemua syarikat penerbangan di bawah kumpulan penerbangan itu.

Ia termasuk syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, selaras dengan penurunan harga minyak global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat pernerbangan itu akan memastikan kos penerbangan berada pada harga berpatutan terutamanya dengan penurunan harga minyak.

“Kami adalah syarikat penerbangan yang mempunyai nilai tinggi, dengan tambang yang rendah akan terus memastikan kos penerbangan adalah pada harga yang paling berpatutan.

“Keputusan ini telah dibuat pada November 2014, selaras dengan penurunan harga minyak global,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Isnin.

Tony menambah dengan pemansuhan surcaj bahan api dan mengurangkan kos perjalanan ia akan memberi lonjakkan dalam industri pelancongan.

Sehubuhgan itu katanya, orang ramai boleh mendapatkan penerbangan bagi destinasi domestik bermula dari serendah RM19 sehala dan tambang  bagi penerbangan antarabangsa bermula dari serendah RM49 sehala.

AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama yang memansuhkan surcaj bahan api bagi kesemua destinasi penerbangan domestik dan antarabangsa pada tahun 2008.

Namun, kenaikan harga minyak secara mendadak memaksa syarikat penerbangan tersebut memperkenalkan semula surcaj bahan api dalam tambangnya pada tahun 2011.
Tags / Kata Kunci: AirAsia , Surcaj

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan