NEC Corp Perkenal Pelayan Komunikasi Generasi Baharu

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: NEC Corp of Malaysia memperkenal pelayan komunikasi generasi baharu di Malaysia, siri Univerge SV9000 dan UT880 bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan.

Siri Univerge SV9000 baharu ini terdiri daripada platform komunikasi SV9100, SV9300 dan SV9500 yang menawarkan integrasi penyelesaian komunikasi bersepadu (UC) yang meliputi suara, persidangan video, mesej segera, mesej bersepadu, pusat hubungan, mobiliti serta kerjasama masa nyata.

Pengarah Urusannya, Andrew Lee berkata, siri SV9000 memenuhi kehendak perniagaan kecil sehingga kepada perusahaan besar dan ia meneruskan trend NEC dalam penciptaan laluan migrasi untuk pelanggan yang sedang mencari langkah seterusnya bagi meningkatkan kelebihan daya saing mereka.

"Siri SV9000 meringkaskan pemasangan penyelesaian UC dan memudahkan pengurus IT menguruskan penyelesaian UC.

"Kami teruja untuk membawa SV9000 kepada pelanggan kami, yang akan membolehkan tenaga kerja ini meningkatkan produktiviti mereka melalui kelancaran komunikasi komputer peribadi dan mudah alih," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Platform SV9300 pula sesuai untuk perusahaan bersaiz sederhana manakala siri SV9100 menawarkan platform UC semua dalam satu bagi perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, dengan pengurusan dan pemasangan yang mudah.

UT880 pula merupakan telefon meja dari generasi akan datang, ia  menggabungkan telefon meja yang tradisional dengan komputer tablet menjadi satu peranti, memberikan fungsi UC termasuk video, mesej segera, direktori korporat dan banyak lagi.

Tags / Kata Kunci: NEC Corp , Univerge , Andrew Lee

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan