Malaysia Tawar Lebih Banyak Peluang Pada Forum Ekonomi Dunia Ke-45

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

DAVOS (Switzerland):"Peluang yang lebih besar". Itulah yang akan ditawarkan oleh Malaysia pada Forum Ekonomi Dunia (WEF), yang bermula Rabu hingga 24 Januari ini.

Ia sama ada peluang perniagaan atau memudahkan cara menjalankan perniagaan di Malaysia, banyak yang dapat ditawarkan di meja rundingan meskipun pakar ekonomi di seluruh dunia mengunjurkan tempoh separuh pertama tahun ini yang sangat mencabar.

Semua persiapan bagi menganjurkan forum tahunan kali ke-45 di resort ski terkemuka dunia, Davos-Klosters di Switzerland, sudah sedia dalam persekitaran cuaca yang sangat sejuk.

Menerusi tema 'Konteks Baharu Global' tahun ini, lebih 40 ketua negara dan kerajaan bersama-sama pemimpin perniagaan berhimpun selama lima hari di sini bagi membincangkan landskap ekonomi semasa dunia dan strategi ke hadapan.

Kain rentang yang mencuri perhatian 'Malaysia Doing Business. Building Friendships' dan 'More Opportunities', yang dipasang di beberapa lokasi strategik di sekitar Hotel Panorama, dan boleh dilihat dari jauh bersama kain rentang negara lain, menyambut para peserta yang kini mula membanjiri 'bandar kecil' Davos sejak beberapa hari.

Antara pemimpin dunia yang dijangka menghadiri forum kali ini ialah Perdana Menteri China Li Keqiang, Canselor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri Turki  Ahmet Davutoglu, Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi, Presiden Perancis Francois Hollande, Perdana Menteri Itali Matteo Renzi dan Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai delegasi Malaysia, diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar.

Najib yang juga Menteri Kewangan dijangka tiba di sini pada Rabu (21 Januari).

Forum tahunan WEF, yang berperanan sebagai platform mempromosikan kerjasama awam-swasta, tahun ini, akan mengkaji 10 cabaran khusus dunia yang menjejaskan ekonomi di seluruh dunia serta mencari jalan bagi menangani impak dan risiko terhadap ekonomi tempatan, secara menyeluruh.

Tags / Kata Kunci: WEF , Davos , Malaysia , Konteks Baharu Global

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan