Felcra Jangka Raih Untung RM150 Juta Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Felcra Bhd menjangkakan meraih keuntungan sebanyak RM150 juta tahun ini berbanding RM132 juta tahun lepas, di dokong oleh kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankannya.

Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin berkata, selain daripada perniagaan teras Felcra iaitu perladangan, Felcra turut mempunyai cabang perniagaan lain seperti hartanah.

"Kita jangka mendapat tambahan pulangan daripada aktiviti perniagaan yang kita jalankan ini.

"Ini yang akan membuat kita yakin pencapaian pada masa-masa akan datang dan pada masa yang sama, kita juga akan mengurangkan kos operasi. Apabila kos operasi dikurangkan, bolehlah kita menambah dividen pendapatan kepada peserta," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Suratan Hak Milik dan Pemberian Projek Felcra Kerangai Penagoh, di sini, Isnin.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bung Moktar berkata, Felcra juga sedang mengenal pasti 30,000 hingga 40,000 hektar tanah di sekitar Kelantan, Sarawak, Kedah dan Terengganu untuk dibeli dan dibangunkan sebagai kawasan penanaman getah dan kelapa sawit.

"Tahun ini mungkin kita akan membeli tanah di negeri tersebut," katanya.

Setakat ini Felcra sudah menguruskan 265,000 hektar tanah perladangan dan daripada jumlah itu, 60 peratus daripadanya merupakan milik agensi tersebut.

Perniagaan Felcra pada waktu ini meliputi 70 peratus perladangan sawit, 20 peratus perladangan getah dan baki 10 peratus adalah penanaman padi dan projek lain.

Pada majlis itu 348 orang menerima Suratan Hak Milik dengan keluasan tanah masing-masing sebanyak kira-kira 2.42 hektar seorang.

Seramai 233 lagi menerima Sijil Pegangan Saham dengan keluasan tanah 1.21 hektar seorang.

Di Negeri Sembilan, Felcra telah membuka dan menguruskan 140 projek kelapa sawit, 50 projek getah dengan keluasan sebanyak 7,045 hektar bagi kelapa sawit dan 3,801.57 hektar bagi getah membabitkan 12,374 peserta.- Bernama



iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan