Guocoland Yakin Damansara City Dapat Sambutan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 2:29 PM

Lee Koon bersama model projek Damansara City yang dibangunkan syarikat GuocoLand.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, GuocoLand (M) Bhd, yakin projek perdananya, Damansara City, yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini, mendapat sambutan pembeli.

"Kami yakin projek itu akan mendapat sambutan," kata Pengarah Urusannya Tan Lee Koon mengenai projek pembangunan bersepadu dengan nilai pembangunan kasar  RM2.5 bilion itu.

Damansara City mengandungi 'DC Residency' mewah, menara pejabat, hotel dan gedung membeli-belah berkonsepkan gaya hidup, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Ini selari dengan tempoh masa penyiapan pembinaan stesen MRT bersebelahan Damansara City.

Tan berkata menara kediaman merupakan komponen pertama yang dijadual siap iaitu pada pertengahan 2015.

"Jualan untuk DC Residency hanya dibuka pada suku pertama, namun kami sudah mendapat banyak pertanyaan serta sambutan menggalakkan daripada pembeli berpotensi.

"Lokasi sangat penting, dan sebagai projek bercampur pertama di kawasan yang memang menjadi pilihan dan bekalan yang terhad, kami yakin," katanya kepada Bernama.

DC Residency mengandungi 370 unit rumah reka bentuk kontemporari - daripada unit satu bilik tidur hingga 3+1 bilik tidur dan rumah emper.

Bagi gedung membeli-belah dan hotel, Tan berkata Guocoland merancang menjadikan menaranya lebih menarik untuk penghuni di kawasan kejiranan, memberi tumpuan kepada strategi makanan dan minuman selain gaya hidup mewah menerusi perkhidmatan lima bintang.

Beliau berkata hotel itu akan diurus oleh The Clermont dari London, yang memulakan operasinya di Asia.

Tan berkata syarikat itu optimistik namun berhati-hati terdapat unjuran tahun ini, namun yakin asas ekonomi negara kekal teguh.

"Menerusi kemudahan MRT, sistem infrastruktur yang lebih baik dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, akan memberi impak yang besar ke atas industri.

"Saya yakin terhadap pasaran hartanah terutama di Lembah Klang," katanya.

GuocoLand, cabang hartanah Kumpulan Hong Leong, kini mempunyai bank tanah seluas kira-kira 4,046.86 hektar di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

Tags / Kata Kunci: GuocoLand , Damansara City , Tan Lee Koon

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan