Perodua Sasar Jualan 2015 Lepasi 200,000 Unit

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menetapkan sasaran jualan sebanyak 208,000 unit bagi tahun 2015, peningkatan kira-kira enam peratus berbanding 195,600 unit yang dicatatkan pada 2014, dengan permintaan berterusan bagi barisan model semasanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pengeluar kereta itu juga mengekalkan kedudukannya sebagai jenama automotif kompak pilihan selama sembilan tahun berturut-turut.

"Kami terharu dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan kepada kami dan kami akan terus menawarkan nilai yang lebih baik dalam perkhidmatan dan produk kepada pelanggan.

"Oleh itu, kami kekal optimistik dapat mencapai sasaran jualan kami sebanyak  208,000 unit meskipun dalam keadaan pasaran dan ekonomi yang mencabar," katanya selepas melancarkan model Myvi yang diperbaharui di sini, Khamis.

Semasa taklimat media mengenai prestasi Perodua 2014, Aminar Rashid berkata tempahan bagi Axia antara pelancarannya pada Ogss dan akhir Disember 2014 berjumlah 66,400 unit dengan 29,100 telah diserahkan kepada pelanggan.

"Kami yakin Myvi baharu ini juga akan diterima dengan baik oleh orang ramai dan kami menjangka dapat menjana jualan sebanyak 6,000 unit sebulan.

"Sejak Myvi dilancarkan pada 2005, lebih 800,000 unit telah dijual, menjadikannya model Perodua paling popular dalam sejarah syarikat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Perodua , Aminar Rashid Salleh , Myvi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan