Syarikat Lelongan China Labur RM50 Juta Di Melaka - Ketua Menteri

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 6:12 PM

Idris (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen untuk mewujudkan Pusat Lelongan Awam di Melaka yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Datuk Baharam Mohd (dua, kanan) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Duo Yun Zuan, Huang Wen Ching (dua, kiri) di Pejabat Ketua Menteri Seri Negeri di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebuah syarikat lelongan terkenal di China, iaitu Duo Yun Xuan melabur RM50 juta bagi mewujudkan sebuah pusat lelongan di sini yang dijangka mengadakan lelongan pertamanya Ogos depan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, pusat lelongan di Lorong Hang Jebat itu terletak berhampiran pusat tarikan pelancong Jonker Street dan Bangunan Stadhuys.

"Selain komitmen mengadakan satu lelongan setahun, pelbagai acara akan dianjurkan seperti pameran lukisan setiap dua bulan dan pameran barangan tembikar serta artifak bersejarah.

"Selain menarik pelaburan, pusat lelongan ini akan menyediakan antara 100 hingga 150 peluang pekerjaan apabila ia beroperasi sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Sebelum itu beliau menyaksikan pertukaran dokumen untuk mewujudkan pusat lelongan itu antara Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Datuk Baharam Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Duo Yun Xuan, Huang Wen Ching.

Idris berkata, syarikat dari Shanghai itu memilih Melaka sebagai pusat pertamanya di luar negara kerana keupayaan negeri ini menarik ramai pelancong dari dalam serta luar negara yang berpotensi menjadi pelanggannya.

Beliau berkata, syarikat itu mempunyai lima cawangan di China dan telah memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan galeri bagi mempromosi Melaka di negara tersebut.

"Saya melihat ini permulaan kepada hubungan erat simbiosis antara kita dan saya mahu hubungan ini terus diperkukuh bagi faedah kedua-dua pihak," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan