Celcom Kerjasama Dengan Blackberry Lancar Telefon Pintar

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd bekerjasama dengan BlackBerry melancarkan telefon pintar terbaharu BlackBerry Classic di bawah pakej Celcom, First Plan.

"Harga runcit telefon baharu dengan pakej ini ialah RM1,588 dan boleh didapati di semua outlet Celcom Blue Cube dan Celcom Xclusive bermula Rabu.

"Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 200,000 pelanggan Celcom-BlackBerry daripada dua juta pelanggan pascabayar dan berharap dapat menambah bilangan pengguna," kata Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Zalman Aefendy Zainal Abidin, pada pelancaran telefon itu, di sini, Rabu.

Pengarah Kanan BlackBerry bagi Pengurusan Produk Asia Pasifik, Damian Tay berkata, telefon pintar itu disasarkan untuk ahli perniagaan yang mengutamakan produktiviti dan mahu peranti mudah alih bergaya.

"BlackBerry Classic baharu ini menampilkan skrin sentuh lebih besar dan papan kekunci sentuh QWERTY baharu.

"Model ini merupakan naik taraf BlackBerry Bold 9900 dengan hayat bateri 50 peratus lebih lama, enjin pelayar tiga kali lebih pantas, ruang skrin 60 peratus lebih besar dan pelbagai pilihan aplikasi BlackBerry World," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Celcom , Blackberry , Blue Cube

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan