suria

Dorsett Grand Labuan Menang Dua Anugerah Berprestij

LABUAN: Dorsett Grand Labuan, satu-satunya hotel lima bintang di pulau bebas cukai ini, memenangi dua anugerah berprestij.

Anugerah Hotel Perniagaan Terbaik Jenama Malaysia 2014 diterima daripada  Global Brands Magazine, manakala Hotel Perniagaan Mewah 2014 oleh World Luxury Hotel Awards.

Pengurus Besar Dorsett Grand Labuan Alfred Paulsen berkata hotel itu menerima anugerah berkenaan sebagai penghargaan ke atas komitmen luar biasanya terhadap kualiti, aktiviti penjenamaan, perkhidmatan pelanggan, prestasi selain menyediakan sistem hospitaliti yang berkesan di Malaysia dan di seluruh dunia.

"Ia merupakan penghargaan ke atas hotel dan spa yang cemerlang melepasi tugasan biasa," katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Lain