Colombia Berminat Menarik Pelaburan Minyak Sawit, O & G Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 7:40 PM

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (kiri) beramah mesra dengan Holguin Cuellar ketika membuat lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia di Wisma Putra di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Colombia berminat untuk meningkatkan perdagangan dua hala dan pelaburan dengan Malaysia serta mengalu-alukan pelaburan syarikat Malaysia industri minyak sawit serta industri minyak dan gas (O & G).

Perdagangan dua hala Colombia-Malaysia mencecah US$295 juta dalam 2013 di mana, Malaysia mengeksport produk bernilai US$189 ke Colombia dan mengimport sebanyak US$106 bilion dari negara Amerika Latin itu.

Pelaburan langsung asing (FDI) dari Malaysia, bagaimanapun, menyumbang hanya 0.001 peratus kepada jumlah aliran masuk FDI ke Colombia.

Menteri Luar Negara Colombia, Maria Angela Holguin Cuellar, berkata Colombia yang telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak sedekad lalu, amat berminat menjemput syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas membuat pelaburan.

"Sejak 10 tahun lepas, tahap keselamatan di Colombia sudah bertambah baik  dan kami menemui banyak telaga minyak.

"Kami sekarang menghasilkan satu juta tong sehari dan kami mahu Petronas untuk datang dan lihat, jika mereka boleh melabur," katanya kepada Bernama dalam satu temubual, Isnin.

Colombia memiliki kelebihan daya saing dalam sektor minyak dan gas memandangkan telaga minyaknya terletak di atas daratan, berbanding telaga minyak negara Amerika Selatan lain yang terletak di luar pantai.

Holguin Cuellar berkata, negaranya memiliki cuaca yang sama dengan Malaysia disebabkan lokasinya yang berhampiran dengan Khatulistiwa, boleh menjadi satu kelebihan kepada pengeluar minyak sawit Malaysia yang mahu mengembangkan perniagaan mereka dalam Amerika Selatan.

Tambahan pula, katanya, Colombia juga menyediakan insentif cukai untuk pelaburan asing di zon-zon perdagangan bebasnya seperti cukai pendapatan sebanyak 15 peratus dan tiada cukai kastam.

Katanya, negara itu juga komited terhadap penyelidikan, pembangunan dan inisiatif inovasi (R and D and I), menawarkan gaji, inisiatif latihan dan pemotongan cukai sehingga 175 peratus untuk syarikat yang melaksanakan inisiatif berkenaan.

Colombia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kadar inflasi terendah di Amerika Latin tahun lepas dan menarik FDI tertinggi di rantau itu pada US$8.45 bilion.

Negara itu juga berada di tempat ke 10 dalam dunia dan pertama di rantau ini untuk perlindungan pelabur serta mempunyai KDNK per kapita keempat tertinggi di rantau tersebut sebanyak US$8,394.

Holguin Cuellar berkata, untuk merapatkan jurang perdagangan dengan Malaysia, Colombia mahu mengembangkan eksport kopinya ke negara ini termasuk eksport daging dan produk tenusu.

Colombia yang mempunyai populasi seramai 48 juta orang, berkeluasan 2.07 juta kaki persegi dan akses kepada lautan Pasifik dan Atlantik.


Tags / Kata Kunci: Columbia , minyak sawit , pelaburan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan