suria

Ringgit Diniagakan Antara 3.53 dan 3.60 Berbanding Dolar Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Ringgit, yang mengakhiri minggu ini pada paras lebih kukuh, dijangka diniagakan antara 3.53 dan 3.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata peniaga.

Trend harga minyak mentah dengan prestasi dolar US dan laporan pekerjaan AS terus mempengaruhi unit tempatan.

Ringgit susut kepada paras terendah dalam tempoh lima setengah tahun pada  3.58 pada Rabu berikutan harga minyak mentah global jatuh di bawah paras US$50 setong.

Penganalisis Hong Leong Bank berkata dolar akan terus meningkat jika laporan pekerjaan positif tetapi kekal berhati-hati terhadap jualan besar-besaran jika data menjadi tidak memberangsangkan berikutan dolar US melepasi paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit turun kepada 3.5610/5640 berbanding dolar  US daripada 3.5150/5517 pada Jumaat lepas dan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding yen kepada 2.9819/9857 daripada 2.9202/9228 Jumaat lepas dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 2.6596/6623 berbanding 2.6450/6471, sebelum ini.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.2038/2084 daripada 4.2345/2380 Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3825/3881 daripada 5.4588/4630 minggu lepas.

ringgit, dolar

Artikel Sebelum

Artikel Lain